Saturday, January 10, 2009

Jangka hayat lebih panjang jika bersenam...nasihat untuk aku dan rakan2











Aktiviti jasmani sebagai gaya hidup adalah langkah positif untuk jadikan diri kekal cergas, sihatADAKAH kecergasan penting? Jika soalan cepu emas ini ditanya kepada setiap orang, pasti jawapan yang diberikan akan bersetuju bahawa kecergasan adalah penting dan baik untuk kesihatan manusia, tetapi tidak ramai mengetahui makna sebenar kecergasan.Secara mudah, kecergasan adalah keupayaan manusia melakukan kerja fizikal dalam kehidupan harian dan pada masa sama, mempunyai tenaga untuk menghadapi sesuatu yang berlaku di luar jangkaan.Kebanyakan orang dewasa yang normal mampu melakukan pelbagai kerja seperti mengangkat tong atau yang minat menanam bunga, tidak menghadapi masalah seperti keletihan dan mengah apabila menggali dan menanam pokok bunga.Keupayaan melakukan tugas harian ini menyebabkan ramai yang menyang­ka bahawa mereka cergas, sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya. Sesetengah orang menyatakan bahawa mereka jarang sakit, tetapi ini tidak bermakna keadaan fizikal orang itu adalah baik.Dari segi kesihatan, strategi untuk berada dalam keadaan cergas adalah dengan bersenam sekurang-sekurang tiga kali seminggu.Walaupun fakta ini diketahui umum, aktiviti yang baik untuk kesihatan ini masih berada di tempat terbawah dalam senarai keutamaan yang perlu dilakukan setiap minggu.Manusia memang bijak dan suka memberi alasan, apatah lagi untuk aktiviti seperti senaman. Antara alasan yang dicipta, termasuk sibuk, tiada masa dan penat.Inilah masalah di kalangan majo­riti masyarakat Malaysia walaupun kebaikan melakukan senaman amat banyak. Antara kebaikan senaman, termasuk menjadikan hati dan paru-paru bekerja lebih cekap serta menguatkan otot lebih kuat dan bentuk badan lebih menarik.Tanyalah kepada orang suka bersenam. Antara jawapan mereka ialah berasa lebih tenang, tidur lena dan mampu menangani tekanan setiap hari dengan lebih berkesan.Menjadikan bersenam sebagai budaya hidup akan menjadikan kehidupan lebih aktif dan lebih penting ialah menikmati kehidupan sihat dan jangka hayat lebih panjang.Bersenam secara konsisten sebagai gaya hidup adalah langkah positif untuk menjadikan diri kekal cergas dan sihat.Senaman sebagai aktiviti jasmani memberi banyak kebaikan kepada organ tubuh manusia seperti hati, paru-paru, pengedaran darah, otot, tulang, sendi dan minda.Kesan kebaikan senaman dapat dilihat dalam jangka masa pendek dan panjang dengan cara meningkatkan kecekapan fungsi tubuh dan membantu melawan penyakit. Jika pekerjaan anda tidak menggunakan banyak tenaga fizikal, anda perlu bersenam untuk memastikan terus sihat dan aktif sepan­jang masa.Selain itu, satu fakta menarik kebaikan bersenam ialah jangka hayat adalah lebih panjang di kalangan orang yang dikategorikan mempunyai kecergasan sederhana, berbanding mereka yang tidak cergas.Dalam satu kajian di Barat membabitkan sekumpulan penduduk dengan mengkategorikan mereka mengikut kumpulan, iaitu paling kurang cergas dalam satu kumpulan, sederhana cergas dalam satu kumpulan lain dan paling cergas dalam satu kumpulan berbeza.Kadar kematian setiap kumpulan dipantau dan selepas beberapa tahun, hasil kajian mendapati kadar kematian kumpulan orang yang tidak cergas adalah sekali ganda lebih tinggi, berbanding mereka dalam kumpulan se­derhana cergas.Terdapat perbezaan antara kumpulan sederhana cergas dan paling cergas, tetapi perbezaan itu tidak terlalu ketara.

No comments:

Post a Comment