



aku baru dapat sms dari student aku..mengenai palestin dan masjid al aqsa..ini bukan pertama kali aku dapat sms mcm ni..dan isu palestine dan kekejamam rejim zionis bukan setahun dua..tapi benda ni dah lama menjadi satu perjuangn infada kepada penduduk palestin..
Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1949 di antara Israel dan Jordan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Baitulmuqaddis Barat menjadi milik Israel manakala Baitulmuqaddis Timur (Kota Lama) menjadi milik Jordan. Sejak kemenangan Israel pada perang tahun 1967, Israel menguasai kesuluruhan kota tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitulmuqaddis. Israel ingin menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya tetapi ini tidak dipersetujui oleh majoriti negara di seluruh dunia. Palestin juga menuntut supaya kesuluruhan Baitulmuqaddis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitulmuqaddis Timur menjadi ibu negaranya..
so sebagai umat islam..seharusnya mendoakan kejayaan umat islam di sana..kerana islam itu satu..kita bersaudara..jika tidak mampu untuk menggangkat senjata..doa merupakan senjata juga..semoga kejayaan yang pasti dipertemkan..amiinn..
No comments:
Post a Comment